Membina Ruang Selamat Melalui Kerjasama Komuniti

Updated: Feb 11

SOLS Health telah melancarkan Program CIMB Islamic Safe Space (Safe Space Programme) pada tahun 2018 dengan sokongan CIMB Islamic Bank Berhad. Program Safe Space terdiri daripada 5 inisiatif dengan matlamat untuk menerajui konsep penyertaan social (social inclusion) melalui pelaksanaan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat komuniti, terutamanya untuk mereka dari golongan berpendapatan rendah di Lembah Klang.


5 inisiatif tersebut merangkumi:


  • ReachIn, sebuah platform berasaskan web yang membolehkan orang awam untuk mendapatkan saringan kesihatan mental secara percuma, mengakses maklumat mengenai kesihatan mental dan menghubungkan pengguna kepada pengamal kesihatan mental terlatih [www.reachinonline.com].

  • The Family & Youth Support Programme (FYSP) atau Program Sokongan Keluarga & Belia, merupakan sebuah program yang memberikan tumpuan terhadap peningkatan kemahiran komunikasi dan keibubapaan bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan ibu bapa dan anak-anak/belia.

  • The Early & Interval Screening, Assessment and Treatment (EISAT) atau Saringan, Penilaian, dan Rawatan Awal dan Berjarak, sebuah program yang memberikan penilaian dan intervensi kesihatan mental kepada kanak-kanak dan belia dalam kalangan komuniti terpinggir.

  • Executive Functioninig (EF) atau Fungsi Eksekutif merupakan sebuah program untuk membangunkan kemahiran insaniah dan kemahiran belajar dalam kalangan Orang Asli dan kanak-kanak daripada komuniti perumahan berpendapatan rendah.

  • Sexual Abuse & Trauma (SAT) Services atau Servis Penderaan Seksual & Trauma, ialah sebuah program untuk melatih pengamal kesihatan mental untuk mengkhusus dalam latihan trauma dan penderaan bagi membolehkan mereka yang mengalami trauma dan penderaan mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan.


Program Safe Space ini telah berjaya menjangkau golongan kanak-kanak, belia, keluarga yang berhadapan dengan cabaran kesihatan mental, kesukaran perkembangan, dan mereka yang mengalami trauma dan penderaan serta pendidik dan sekolah yang terlibat dalam komuniti ini. Melalui sokongan daripada pihak seperti CIMB Islamic, impak negatif yang berasal daripada isu kesihatan mental bukan hanya dapat dikurangkan, malah daya keupayaan komuniti dapat dipertingkatkan.


Sebagai program perintis, Safe Space membuka ruang dalam membangunkan sebuah rangkaian yang merangkumi pengamal kesihatan mental, organisasi bukan berkeuntungan, pembekal servis kesihatan awam, pendidik komuniti dan pemimpin ke arah sebuah tujuan yang sama. Kami bersyukur atas sokongan, kolaborasi dan bantuan rakan kolaborasi dan pihak berkepentingan dalam memperjuangkan kepentingan kesihatan mental untuk komuniti yang memerlukan.

Project funded by

ReachIn is an online platform created by SOLS Health for individuals to access resources about mental health. Supported by CIMB Islamic Bank Berhad, ReachIn became part of the CIMB Islamic Safe Space Programme which consists of 5 initiatives with a goal to pioneer social inclusion through the implementation of community mental health services. The programmes have benefitted children, youth and families living with general mental health challenges, developmental and behavioural difficulties, and also survivors of trauma and abuse.

Project powered by
Connect with us
  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

Copyright © 2019 Science of Life Studies 247 Malaysia. All Rights Reserved.