top of page

Reachin: Ayuh, suarakan! Padamkan stigma.

Updated: Feb 10, 2020


Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati seorang dari setiap 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai risiko kepada masalah kesihatan mental.


Malah, seorang dari setiap 10 orang remaja di negara ini juga berisiko kepada masalah kesihatan mental. Adakah anda peduli mengenai keadaan ini?


Sebilangan kecil dari kita mungkin cakna mengenai kesihatan mental, namun, jangan terkejut, lebih separuh dari mereka yang mengalami masalah berkaitan kesihatan mental di Malaysia tidak tahu pun mengenai kesihatan mental dan penyakit yang mereka alami.


Kes-kes serta simptom-simptom berkaitan dengan kecelaruan mental, antaranya kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety), semakin membimbangkan di Malaysia.


Jadi, sejauh mana anda perlu untuk terus mengambil sikap tidak peduli mengenai kesihatan mental anda?


Anda mungkin bertuah tidak mengalaminya, tetapi bagaimana pula keperihatinan anda terhadap insan-insan di sekeliling anda?


Ingat, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, setiap masa, seperti selesema demam dan macam-macam penyakit biasa yang kita alami.


Jadi, adalah penting untuk anda sentiasa cakna mengenai kesihatan mental dan melakukan pemeriksaan yang berterusan.


Berkait dengan itu, "ReachIn" merupakan sebuah kaedah dalam talian atau "Online Platform", yang menyediakan saringan-saringan berkenaan dengan kesihatan mental secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.


Dengan hanya menekan atau 'klik' pada 'link' yang diberikan dalam paparan ini, anda boleh melakukan saringan-saringan tersebut.


Selepas menjawab saringan-saringan tersebut, anda akan menerima markah atau skor yang menerangkan keadaan atau status kesihatan mental anda, beserta cadangan-cadangan untuk bantuan lebih lanjut, jika perlu.


Ingat, memelihara kesihatan yang baik secara menyeluruh itu penting, dan ia termasuklah kesihatan mental kita.


Dengan hanya 'klik' pada link tersebut, anda mampu mengetahui tahap kesihatan mental anda. Jadi, "ReachIn" sekarang.


Saya, Firdaus Ninam Shah. Bersama anda./Bersama anda, SOLS Health. Rujukan: Institute for Public Health (IPH). (2015). National health and morbidity survey 2015 (NHMS 2015). Vol. II: non-communicable diseases, risk factors & other health problems . Kuala Lumpur: Institute for Public Health, Ministry of Health, Malaysia.


Institute for Public Health (IPH). (2017). National health and morbidity survey 2017 (NHMS 2017). Key findings from the adolescent health and nutrition surveys . Kuala Lumpur: Institute for Public Health, Ministry of Health, Malaysia.

Comments


bottom of page